Monday, June 29, 2009
KHASIAT DAUN POKOK KACANG MALABAR LEGAKAN MASALAH PERNAFASAN
Kacang Malabar atau nama botaninya adhatoda vasica (NEEDS) merupakan tumbuhan liar yang sememangnya banyak terdapat di
Kacang Malabar ini boleh dikenali melalui bentuk pokoknya yang tinggi, mempunyai beberapa cabang, keras dan juga merupakan pokok renek malar hijau. Daunnya besar dan berbentuk seperti lembing. Buahnya pula dari jenis kapsul berbiji empat manakala bunga kacang Malabar pula boleh terdiri daripada jenis berwarna putih atau ungu.
Tumbuhan liar yang juga merupakan tumbuhan herba ini banyak kegunaannya. Setiap bahagian pokok terutamanya daun, akar, bunga dan buah merupakan bahagian yang paling banyak digunakan untuk tujuan perubantan.
Dikatakan daun kacang Malabar mengandungi alkaloid vasicine berhablur pahit, asid adhatodic organic dan bahan meruap yang berbau. Daun ini juga dikatakan kaya dengan vitamin C, karotena dan menghasilakn minyak pati.
Cara herba ini digunakan selalunya adalah melalui merebusnya terlebih dahulu. Sebagai contoh jika menggunakan daun kacang malabar, rebuslah daun itu terlebih dahulu dan kemudian air rebusan daun itu boleh dicampurkan dengan madu atau halia sebelum digunakan. Selain itu daun ini juga bileh disediakan dengan cara mengeringkan terlebih dahulu dan kemudiannya dijadikan serbuk dan kemudian barulah digunakan.
Masalah berkaitan sistem penafasan.
Daun, akar dan bunga digunakan secara meluas dan perubatan tradisional sebagai ramuan untuk merawat selesema, batuk-batuk, bronkitis dan juga asma. Untuk melegakan asma, dikatakan daun juga telah disalai boleh dihisap seperi rokok untuk melegakan asma. Namun begitu, pengambilan daun dalam dos yang banyak dikatakan mampu merengsakan saluran pencernaan dan menyebabkan diarea dan muntah-muntah.
Daun kacang malabar yang telah direbus pula dikatakan mampu digunakan untuk tujuan merawat tuberkulosis. Caranya ialah dengan mengambil kira-kira 30 ml air rebusan yang telah dicampurkan madu ini selama tiga kali sehari. Ia dikatakan mampu melegakan kerengsaan akibat batuk dengan bertindak menenangkan saraf serta mencairkan kahak sekali gus membuatkan pembuangan kahak dengan mudah.
Untuk melegakan batuk-batuk pula, ambilah tujuh helai daun dan rendam di dalam air. Tapis air ini dan kemudian campur dengan 24 gram madu. Ramuan ini dikatakan mampu memberi kelegaan kepada mereka yang mengalami masalah batuk-batuk. Selain daun, bunga kacang Malabar juga dikatakan boleh digunakan untuk melegakan masalah batuk-batuk. Caranya iaah dengan memakan bunga ini sebanyak tiga kali sehari dalam dos sebanyak 12 gram.
Dalam perubatan ayurveda, bunga kacang Malabar juga dikatakan mapu digunakan untuk merawat masalah tuberculosis. Caranya ialah dengan mengambil beberapa kuntum bunga pokok kacang Malabar segar dan diletakkan di dalam tembikar cina. Tambahkan gula dan letakkan bekas tersebut di bawah cahaya matahari. Kacaulah ramuan ini pada setiap pagi dan petang. Sediaan ini dikatakan boleh digunakan kira-kira dalam masa sebulan.
Air rebusan daun kacang malabar juga dikatakan boleh diambil dalam dos 2 atau 4 gram dalam merawat diarea dan senteri
Rawat masalah kulit
Daun, kulit, akar, buah, dan bunga juga dikatakan berguna dalam membuang parasit atau cacing dalam usus. Untuk tujuan ini, sebanyak 30 gram akar dan kulit yang juga telah direbus dikatakan boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari dalam jangka masa tiga hari. Air rebusan daun segar pula dikatakan mampu memberikan dalam dos sebanyak satu sudu the sehari dalam dos sebanyak satu sudu the sehari dalam jangka masa tiga hari. Air rebusan daun kacang Malabar juga dikatakan boleh diambil dalam dos 2 atau 4 gram dalam merawat diarea dan disenteri.
Daun yang dijadikan sebagai tuam pula dikatakan bileh diletakkan pada luka-luka,, sendi reumatik dan pembengkakan akibat kerengsaan. Air rebusan daun yang masih lagi suam-suam juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat penyakit kulit.
Walaupun terdapat banyak kegunaan pokok kacang malabar ini, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum menggunakannya.
~~Ct!e+fz!lah~~
Labels: kacang malabar
Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga polypodiaceae ini boleh dijumpai tumbuh liar di dalam hutan dan di tempat-tempat lainnya pada daerah yang agak lembap mulai dari dataran rendah sehingga ketinggian 1,000 meter dari paras laut.
Sakat ribu-ribu boleh dikenali melalui bentuk daunnya yang bertangkai pendek, tebal berisi, berbentuk membundar, memanjang, hujung tumpul, pangkal runcing, tepi rata dan kedudukan antara satu daun dengan daun yang lain tumbuh dengan jarak yang pendek. Akarnya serabut panjang, ekcil, merayap dan bersisik coklat. Akarnya keluar dari rizom. Bahagian yang digunakan adalah daun dan seluruh herba segar atau yang telah dikeringkan.
Tumbuhan ini mempunyai rasa yang manis, sedikit pahit dan sejuk. Sakat ribu-ribu dikatakan mampu mengubati penyakit seperti anti radang, menghilangkan nyeri (analgesik), pembersih darah, penghenti pendarahan (hemostatis), memperkuatkan paru-paru dan ubat batuk, sakat ribu-ribu ini dikatakan mengandungi minyak asiri, sterol / triterpen, fenol, flavonoid, tanid dan gula.
Direbus, digiling atau dikunyah.
Dikatakan juga daun sakat ribu-ribu mampu digunakan merawat sakit kuning, sembelit, kencing bernanah, batuk, nanah dalam paru-paru, batuk kering disertai dengan batuk darah, pendarahan seperti luka berdarah, muntah darah, pendarahan pada perempuan, reumatisme, keputihan dan barah payudara.
Jika mahu mengunakan tumbuhan ini sebagai ubat alternatif, pengguna bolehlah menggunakannya melalui beberapa cara. Herba ini boleh dijadikan sebagai ubat yang diminum iaitu dengan merebus 15 hingga 60 gram daun ini sebelum airnya diminum. Untuk pemakaian luar pula, gunakan air rebusan herba segar untuk mencuci kudis atau berkumur bagi penderitaan sariawan dan radang gus. Cara lain yang boleh digunakan ialah melalui cara menggiling herba segar ini sehingga halus, kemudian bubuh ke tempat yang sakit terutamanya pada penyakit-penyakit kulit seperti kudis, kurap, radang kulit bernanah, radang kuku atau luka berdarah.
Untuk mengubati radang gusi atau gingivitis, caranya ialah dengan mencuci daun sakat ribu-ribu ini secukupnya sehingga bersih dan kemudiannya kunyah. Biarkan kunyahan tersebut cukup lama dibahagian gusi yang sakit itu. buang hampasnya sete;ah habis dikunyah. Lakukan amalan ini 3 hingga 4 kali sehari dan sehingga sembuh.
Rawat Jaundis
Bagi mengubati reumatisme pula bolehlah mengambil 15 hingga 30 gram daun sakat ribu-ribu segar dan kemudiannya rebus dalam tiga gelas air sehingga tersisa menjadi segelas. Setelah sejuk, saring air tersebut dan kemudiannya air itu diminum ambillah dalam sukatan setengah gelas.
Untuk merawat penyakit kuning atau jaundis pula, ambillah 15 hingga 30 gram daun sakat ribu-ribu dan rebus dalam 3 gelas air sehingga airnya menjadi tersisa separuh. Setelah sejuk, saringkan air rebusan itu dan minum 3 kali sehari dalam sukatan setengah gelas setiap kali minum.
Bagi menghentikan pendarahan, ambillah daun sakat ribu-ribu sebanyak 30 gram dan kemudian gilis sehingga halus. Setelah diperah airnya dan disaring, minumlah air tersebut. Lakukan 3 kai sehari sehingga sembuh.
Untuk menghilangkan sariawan pula, bolehlah mengambil satu genggam daun sakat ribu-ribu dan kemudiannya rebus air tersebut dalam dua gelas air sehingga mendidih selama 15 minit. Gunakan air saringan ini berkumur selagi masih hangat.
Sungguhpun tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat ubatan, namun begitu sebelum menggunakannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Labels: SAKAT RIBU-RIBU